Sunday, 14 October 2012

jom baca novel baru penulis aciklana

salam semuanya...............novel baru penulis aciklana  http://aciklananovel.blogspot.com/  ,,novel KALAU MEMANG HARUS BEGITU dah keluar ,tak sabar nak memilikinya,,,,saya dah buat order online http://kakinovel.com ,,,nak tunggu ada kat kedai buku lambat,,,

                                                        Kalau Memang Harus Begitu (Stok sudah ada)
SINOPSIS
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai
senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki,
dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’.
Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya,
 dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana?
 Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air,
 imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!

Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek
selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu
 mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar
 dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan
 majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya
 bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah!
 Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak.
 Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci
dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan
 ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati
 yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi
 hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya.
 Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan.
Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka
. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak
memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah?
Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?

Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

Sunday, 23 September 2012

PETUA-PETUA DI DAPUR




ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Biasanya saya di dapur saya jarang pakai petua ,,ikut kepandaian sendiri tapi ada kalanya saya pakai juga .Petua2 yang kita tahu ni biasanya menjadi tapi biasala manusia sifat pelupa sentiasa ada ,,,salah satu manusia tu SAYALA,,,,hahaha.

 Apa yang menarik pada petua2 ni ,salah satunya ialah dapat melazatkan makanan dan dapat memudahkan kerja2 kita di dapur  apabila memasak dan sebagainya.

  Sebenarnya petua2 ni sangat berguna apabila kita berada di dapur dan merupakan antara terpenting semsa kita menguruskan kerja2 di dapur.

 Bagi yang sudah biasa buat kerja2 memasak ni tidak ada masalah tapi yang sesetengah orang yang tidak biasa ke dapur akan menjadi rumit ,oleh iu petua2 di dapur bolehla di jadikan panduan agar kerja2 memasak kita menjadi mudah selain makanan yang di hasilkan berasa enak dan di puji orang ramai.

   DI ANTARA2 PETUA2 YANG ADA DI DAPUR
PETUA MENYIMPAN LENGKUAS

jika anda membeli lengkuas dalam kuantiti yang banyak dan sudah tentu balance lengkuas itu anda nak menyimpannya so untuk mengelakkan ia rosak atau mengecut ,anda harus menyimpan 
di dalam botol atau dalam botol plastik yang di isi air dan tutup rapat.
ATAUPUN anda ambil bekas yang di isi tanah dan letakkan lengkuas itu di atasnya,selalu renjiskan air.
DAUN KARI TAHAN LAMA

ikja anda suka memasak kari atau menggunakan daun kari,pastikan daun kari itu anda basuh dan keringkan,kemudian leraikan daun kari dari tangkainya dan masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk,insyaALLAH akan tahan lebih lama dan masih ada baunya.
HILANGKAN BAU DURIAN

jika peti sejuk atau kereta anda berbau durian,masukkan roti didalam peti sejuk atau bonet kereta anda.Bau itu akan hilang,letak roti mengikut kadar kuatnya bau durian.
MENGHILANGKAN KESAN KUNYIT ATAU KOTOR PADA BLENDER

masukkan 2 susu makan cuka yang di campur dengan air panas ke dalam blender kemudian kisar air tersebut dan bilas dengan air panaskan dan keringkan.
MELEMBUTKAN CUCUR ATAU JEMPUT2

anda hanya perlu gunakan bancuh tepung itu dengan air suam,kemudian goreng seperti biasa.Pasti rasa cucur atau jemput2 menjadi lembut walaupun ia sejuk.
MEMPERCEPATKAN AIR MENDIDIH

Biasanya kita pernah alami situasi di mana tetamu datang mengejut di rumah  dan anda terkial2 atau panik hendak menyediakannya  so untuk memudahkan kerja ,anda hanyalah ambil air sejuk dan jerangkan.Masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar ukuran air yang di jerang,air yang di campur dengan gula akan menjadi lebih cepat mendidih.

      SELAMAT MENCUBA

Saturday, 22 September 2012

Tingginya Darjat Seorang Wanita Di Sisi ALLAH SWT!...

KELEBIHAN SEORANG WANITA


*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

*seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh,

*seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

*dua rakaat solat daripada wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil,

*wanita yang memberi minuman susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

*wanita yang melayan suaminya yang pulang dari kerja ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

*wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

*wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

*wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjihad ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

*wanita yang tidak cukup tidurnya pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
 

MYVI GUNA KALIMAH ALLAH SEBAGAI STICKER

 Agak terkilan melihat gambar yang dipaparkan di internet iaitu sebuah Myvi yang menampal sticker menyerupai Kalimah Allah, apa tujuan ianya di tampal kat kereta,,,,tak fikir banyak kali ke nak buat semua ni,,,,pelbagai persoalan ,,,APA PANDANGAN ANDA?
Sticker Kereta Myvi Yang Menyentuh Sensitiviti Agama ?


SEMOGA KALIMAH ALLAH TIDAK DISALAH GUNAKAN

JEMPUT2 PISANG


RESEPI JEMPUT2 PISANG
BAHAN2NYA
10 biji pisang kapas ( dilenyekkan )(apa2 pisang pun boleh)
1 biji telur dipukul
1 cawan  tepung gandum atau ikut kelembutan adunan
1 sudu teh  soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
garam secukupnya
4 susu besar gula caster atau secukupnya

CARA2NYA
  1. pisang di buang kulit dan lenyekkan sampai hancur 
  2. selepas itu masukkan garam,gula,telur kacau sekejap
  3. masukkan tepung ,soda bicarbonat,baking powder,kacau sampai sebati (boleh juga nak tambah air tapi sedikit aje)
  4. panaskan minyak,ambil sedikit adunan dengan sudu kecil atau dengan hujung jari dan masukkan ke dalam minyak panas,,goreng hingga kuning keemasan
  5. siap di hidangkan
***kalau tak ada tepung gandum  ,,anda boleh tukar kepada tepung naik sendiri  tapi soda bicarbonat dan baking powder jangan letak***

IKAN PERCIK SPECIAL

 MASAKAN HARI INI

SELAMAT PETANG SEMUANYA
hari ni hari sabtu so anak tak sekolah,,,pikir punya pikir nak masak apa tingggg dapat
lah idea ikan percik,sayur air bayam,,,,menu  petang saya buat jemput2 pisang di makan bersama air oren .
ummm sedap,,,,hari ini malas nak keluar rumah so dapatlah update blog,,,,

RESEPI IKAN PERCIK SPECIAL

BAHAN2
5 ekor ikan kembung besar (di bakar)
4 tangkai cili kering(kalau suka pedas letak lebih)
1 batang serai***
seinci lengkuas***
6 biji bawang kecil***
3 biji bawang putih***
seinci kunyit hidup***
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam dan gula

CARA2NYA
  1. ikan di bersihkan dan dibakar 
  2. kisar kesemua bahan yang bertanda*** ,ketepikan
  3. cili kering,ketumbar,jintan manis dan putih di sangai atau di goreng tanpa minyak dan kisar kering
  4. selepas itu tuangkan sedikit minyak ,tumis bahan kisar dan bahan yg di sangai tadi sampai wangi
  5. masukkan santan ,asam keping,garam dan gula,,,kacau,,, jgn sampai santan pecah minyak
  6. setelah masak kuahnya ,,tuangkan keatas ikan yang di bakar tadi
  7. siap di hidang ,,,,,
SELAMAT MENJAMU SELERA



Thursday, 20 September 2012

jom BACA NOVEL **RINDUKU MILIKKU**

Petang tadi saya pergi kedai buku cari novel baru tapi stok habis ,,boringnya tapi tak apa tak dapat novel baru novel lama pun jadilah,,,sementara saya tunggu anak balik dari sekolah kat cstom jb saya window shopping ,,sambil menyelam minum air,,,,dapatla novel sebuah,,,bila nak start baca ni ek tapi saya kalau dah start membaca saya tak boleh nak stop,,,,orang panggil pun saya buat bodoh je,,yang penting masa baca novel hubby tak ada kat rumah atau pergi kerja,,,kerja rumah mestila bereskan dulu,,,

 SINOPSIS NOVEL INI
AKU TERPINGA-PINGA ,KEBERATAN UNTUK MENYAMBUT CINCIN YANG DI HULUR OLEH HAIRUL ITU.MATAKU MASIH MEMADANG HAIRUL.LAGI SEKALI AKU MEMINTA SIMPATI DARIPADANYA AGAR MENYELAMATKAN AKU DARIPADA SITUASI YANG MENGHIMPIT DIRI.MAHU RASANYA AKU BERLARI KELUAR DAN BALIK KE RUMAHKU.

AKU MAHU MENJERIT RASANYA.

AKU TERSENTAK BILA HAIRUL MENYARUNGKAN CINCIN ITU DI JARI MANISKU.SIA-SIA SAJA AKU MEMINTA SIMPATI DARIPADANYA.BUKANNYA DIA TAK FAHAM MALAH DIA YANG MENANGKAPKU....YA  ALLAH...SAKITNYA HATIKU INI DENGAN PERMINTAAN MEREKA.


ada sesiapa yang dah baca novel ni,,,best ke jalan ceritanya,,jom kita kongsi bersama pendapat masing2
kita ni asyik baca orang punya novel,,bilala kita nak jadi macam mereka PENULIS NOVEL ,,,emmm ada angan2 ke,ada masa ke nak buat cerita,ada idea ke,,,sampai member2 ,keluarga saya tanya bila nak buat cerita utk novel,,,,saya jawab belum masanya lagila,,,kat rumah saya ni dah bersusun2 novel saya kumpul,,,
minat punya pasal saya sebulan sekali saya beli novel baru