Saturday, 22 September 2012

IKAN PERCIK SPECIAL

 MASAKAN HARI INI

SELAMAT PETANG SEMUANYA
hari ni hari sabtu so anak tak sekolah,,,pikir punya pikir nak masak apa tingggg dapat
lah idea ikan percik,sayur air bayam,,,,menu  petang saya buat jemput2 pisang di makan bersama air oren .
ummm sedap,,,,hari ini malas nak keluar rumah so dapatlah update blog,,,,

RESEPI IKAN PERCIK SPECIAL

BAHAN2
5 ekor ikan kembung besar (di bakar)
4 tangkai cili kering(kalau suka pedas letak lebih)
1 batang serai***
seinci lengkuas***
6 biji bawang kecil***
3 biji bawang putih***
seinci kunyit hidup***
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
garam dan gula

CARA2NYA
  1. ikan di bersihkan dan dibakar 
  2. kisar kesemua bahan yang bertanda*** ,ketepikan
  3. cili kering,ketumbar,jintan manis dan putih di sangai atau di goreng tanpa minyak dan kisar kering
  4. selepas itu tuangkan sedikit minyak ,tumis bahan kisar dan bahan yg di sangai tadi sampai wangi
  5. masukkan santan ,asam keping,garam dan gula,,,kacau,,, jgn sampai santan pecah minyak
  6. setelah masak kuahnya ,,tuangkan keatas ikan yang di bakar tadi
  7. siap di hidang ,,,,,
SELAMAT MENJAMU SELERA



No comments:

Post a Comment

comment here