RESEPI TOMYAM SEAFOOD
udang,sotong,ayam,kupang,ketam di potong kecil (sukatan utk bahan basah ni agak2 sendiri)
4 batang serai(serai lebih, lagi wangi dan sedap) di potong dan titik
sebesar ibu jari halia dan lengkuas (di titik)
rempah tomyam(apa2 brand boleh tp saya biasanya pakai rempah tomyan thailand yg dlm botol)
5 biji bawang putih (di hiris)
1 biji bawang holland (di hiris atau di potong dadu)
2 biji buah tomato(di potong empat)
5 helai daun limau purut ( di hiris)
sedikit cili padi(suka pedas letak lebih) di ketuk2
garam dan ajinomoto
sedikit stok ayam
5 biji limau kasturi (di ambil airnya)
bunga kubis,carrot ( agak2 sendiri)
cendawan biasa atau cendawan butang
CARA2NYA
1. Tuang sedikit minyak,,,tumis bawang putih sehingga wangi .selepas itu tuang air (sukatan ikut selera anda) ke dalam periuk yg di tumis tadi.
2. selepas itu masukkan bahan2 basah bersama halia,lengkuas,rempah tomyan,,biarkan mendidih.
3. masukkan serai,daun limau,cili padi,bawang holland ,garam,ajinomoto,stok ayam
4. last sekali masukkan sayur-sayur,buah tomato dan jus limau kasturi,,,,,biarkan sekejap baru di tutup apinya
5. siap di hidang panas2,,,,
***sesiapa yg nak tukar selera tak nak makan nasi,,boleh di hidang bersama bihun atau mee atau maggie atau kueh tiaw tapi kuahnya kena letak lebihla,,,sebelum di hidang letak daun ketumbar ,,,***
Saya kalau deman mesti cari sup tomyam ni,,,***bukan cari ubat atau doktor***,,,baru saya cepat sembuh,my hubby selalu bising sebab dia takut saya sakit perut,,alahai nak buat macam mana makanan kegemaran,,,dapat rasa sikit pun kira jadilah ,,,tak kira saya masak sendiri atau beli kat kedai ibarat kalau tak makan tomyam macam tubuh tak segar,,,hahahahaha,,,,I LIKE TOMYAM
No comments:
Post a Comment
comment here