
menu masakan hari ni saya masak nasi ambeng+rendang ayam+serunding ikan pari+sambal paru, dah lama nak masak tapi tak kesempatan,,,asyik sibuk je,,,,entah2 menyibuk je hahahaha,,saya ni suka ketawa,,,awet muda .Alhamdulillah my hubby cakap sedap,,,bertambah2 hubby makan,,,,kebetulan rumah kami hari ni ada tetamu,,,rezeki diornglah ,,kak ipar masak mee soto+bargedil,,,alhamdulillah diorng makan berselera,,,,
my sis pula suruh saya buat kek coklat sebab dia ckp dah lama tak makan kek coklat,,,macam2 nak makan.Nasibla kakaknya rajin dan suka masak,,,oklah untuk story hari ni ,saya nak tidur besok pagi jam 4am nak kena bangun buat sarapan untuk anak pergi sekolah,,,,,jam 5am anak dah nak keluar pergi sekolah kat spore,,,,,,berkorban untuk masa depan anak,,,,i love my hero

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SIMPLE
BAHAN2
100gm serbuk koko ***
1 tin susu cair ***
200gm minyak sayuran/butter yg di cairkan ***
250gm susu pekat (saya guna susu pekat F&N ) ***
250gm gula castor
4 biji telur ( pukul hingga berbuih)
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
CARA-CARANYA
- campur kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga ia menjadi licin.(tak payah mendidih)
- ambil bahan yang di masak tadi dan campurkan dengan telur ke dalam bekas ,kacau smpai sebati.
- selepas itu ambil tepung,soda bikarbonat dan baking powder dan masukkan ke dalam bekas tadi,,,masukkan sedikit2 sehingga sebati.
- masukkan adunan kedalam acuan di lapik dan minyakkan
- selepas itu kukus selama 1 jam dengan api sederhana.pastikan air mendidih dahulu sebelum di kukus.
- sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing atau ganache.
- hias ikut kreativiti anda
BAHAN UNTUK HIASAN CHOCOLATE GANACHE
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar marjerin/butter/minyak sayuran
caranya simple sahaja
Campurkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam periuk,masak dengan api kecil dan kacau smapai pekat dan larut sepenuhnya.
Resepi ini saya ambil dari chef zubaidah,,,memang sedap, nak buatnya pun senang,,, tak rugi nak mencuba
yummmyyyyyy
No comments:
Post a Comment
comment here